Salam,
Fyi, aku dah selamat melahirkan baby girl. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan sihat sejahtera & Allah swt permudahkan segala perjalananku.
Coretan aku yg terdahulu aku berjanji nak cakap pasal minyak zaitun kan? Sekarang aku tunaikan janji aku. Aku telah mengamalkan minyak zaitun sejak sebelum aku mengandung hingga lah kini. Khasiat minyak zaitun amatlah bagus untuk kesihatan. Aku tak perlu lg makan any supplement lg. Sebenarnya dalam Al-Quran pun dah menyatakan.." sebaik-baik minyak adalah minyak zaitun..". Kita sebagai hambaNya yg kurang ambil kesah mengenainya.
Jadi aku telah menjadikan diri aku sendiri sebagai testimonial. Memang tak nafikan kesannya amat lah menakjubkan. Sepanjang tempoh mengambilan minyak zaitun hingga sekarang terutama sepanjang aku mengandung aku tidak menghadapi masalah kesihatan langsung. Kini aku yg sudah bersalin pun rasa sihat dgn izin Allah swt. Untuk pengetahuan semua, aku tidak menghadapi 'morning sickness' yg amat teruk seperti dulu spi keluar masuk hospital. Very cool & bertenaga lg adalah kot. Aku menjadi aktif. Berat pun tak naik banyak cuma 7kg sj sepanjang mengandung (tp perkembangan baby sgt ok). Selera makan bagus. Takde langsung high blood/diabetics. Muka pun tak sembab. Kaki tak bengkak langsung.
Lepas bersalin pula yg aku paling kagum ialah baby aku kali nih tak botak seperti anak-anak aku yg lain. Lebat betol rambut. Halus plak tu. Kulit pun very moist (wpun kulitnya ereng skit kata org jawa) .Tak mengelupas teruk. Tulang pun kuat. Baby development mmg bagus (wpun baby aku mmg semua pesen kecik <3kg). Doktor aku pun puji aku masa bersalin. Katanya darah nifas aku tak byk & rahim cepat kecut. Syukur alhamdulillah.
Sekarang aku mmg exclusively breastfeeding. Masalah aku yg dulu aku slalu kena bengkak susu (breast engorgement) spi hampir bentan aku di buatnya. Dan juga masalah puting merekah (nipple crack). Bukan sikit2 merekah. bayangkan spi berdarah. Mmg stres. Menangis2 aku. Tp skrg ni alhamdulillah. Masalah tu langsung takde. Cuma aku amalkan letak cream je setiap kali selepas mandi.
Sudah habis pantang nih aku rasa kesihatan aku amat baik sekali berbanding ketika aku bersalin anak2 aku yg dulu. Aku rasa completely recover. perancangan masa depan aku ialah ingin mengwar-warkan khasiat minyak zaitun & jika di izinkan Allah swt, aku ingin menjual minyak zaitun sebagai pendapatan sampingan aku. Buat masa sekarang aku hanya menjualnya kepada kenalan & saudara terdekat aku sahaja. Insyaallah mudah-mudahan hajat aku terlaksana. Doakan semoga aku berjaya...Amin..
Dlm coretan aku yg akan dtg aku akan lebih detail menerangkan akan minyak zaitun. Tunggu ye.
intanbutterfly
VPS WINDOWS GRATIS
11 years ago