Hampir sebulan lamanya aku tidak mencoretkan dalam blog nih. Bukan kemahuan fikiran tapi keadaan aku yg kurang sihat sejak akhir2 ini menyebabkan aku terpaksa berkorban masa utk blog aku nih. Kira opportunity cost aku la. Lg pun Allah telah menduga aku dgn sesuatu perkara yg agak kurang sesuai utk aku dedah kan di sini. Di pendekkan cerita, aku telah menjadi mangsa penganiayaan oleh orang yg tamak & taksub pd kuasa, pangkat, harta & segalanya. Mmg aku tak sangka ada juga manusia yg sesama agama & bangsa yg begitu tamak. Bukan aku seorang sj tapi 9 rakan aku yg lain turut menjadi mangsa. Sanggup menjatuhkan org lain demi mengejar keduniaan & org itu adalah bukan calang2 org. Mereka ini dianggap pendidik & pemimpin tersohor & ternama di IPT!! Sekarang baru ku tau bagaimana perasaan orang yg di berhentikan berbanding dgn org yg mmg mahu berhenti kerja. Aku berpengalaman dlm kedua-dua situasi. Mula tu agak stres jugak, tp lama kelamaan aku redha atas apa yg berlaku. Aku percaya kepada hikmah atas apa yg berlaku. Aku bekerja di sana pun atas bantuan & permintaan ex-lecturer. Nawaitu (niat) aku ingin membantu & membalas ex-lecturer aku yg telah byk berjasa & membantu ku. Aku sanggup berkorban masa & tenaga untuk berulang sejauh lebih 100km sehala setiap hari. Hinggakan ada org kata aku buang tebiat..Biarlah apa orang nak kata. Mulut orang ek...Bukan boleh ditahan-tahan
Selepas aku mendapat berita termination, aku mendapat tahu pula yg aku mengandung. Alhamdullilah rezeki Allah SWT nak bg & aku bersyukur walaupun aku hilang pekerjaan tetapi rezeki lain pula yg dtg. Cuma setiap kali aku mengandung aku menghadapi morning sickness yg agk teruk. Ada sekali hingga aku terpaksa di masukkan ke wad. Bayangkan ada ketika aku muntah sehingga 10 kali sehari. Tapi aku amat bersyukur kerana Allah permudahkan aku di kala aku bersalin. Aku tidak mengalami sakit yg berpanjangan sehingga berjam2 lamanya dan ada yg sehingga sehari semalam. Itu kelebihan yg ku perolehi berbanding kawan-kawan yg lain. Mungkin ada yg berpendapat ia merupakan memori yg paling indah & tak terkecuali yg rasa ngeri..sehingga rasa nak surrender je nak beranak lagi.
Sekarang nih aku rasa redha atas apa yg berlaku. Terimanya seadanya & berserah kepada-Nya. Setakat itu sj perjuangan aku dlm membuat 'amal jariah'. Buat si kambing hitam, sekarang engkau orang hidup senang lenang la di dunia nih tapi di akhirat nanti jawablah..aku percaya pd pepatah ' sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'. Kalau tengok muka kambing2 hitam nih, semua akan rasa tertipu. Nampak muka kononya alim warak & vogue gitu tp semuanya hati bertopeng iblis. Peristiwa ini menjadikan aku lebih berwaspada, sabar, tabah, jangan mudah mempercayai orang & lebih bermuhasabah diri. Aku selalu panjatkan doa moga aku tenang menghadapi segala dugaan. Alhamdulillah Allah makbul kan doa ku.
Walaupun aku sudah di terminate tapi Allah bagi rezeki lain. Sekarang aku tumpu sepenuhnya pada kerjaya unit amanah aku & baju muslimah aku dlm intanbutterfly.blogspot.com. Aku percaya pada kata hadis "90% rezeki adalah datang dari perniagaan...". Dulu ia hanya my passive income but now i'm so passion in doing it..
Kawan-kawan sekalian, aku harap apa yg aku coret ini mendapat ikhtibar dan pedoman buat kita semua. Jangan sekali kt lakukan suatu yg dilarang dlm Islam demi kepentingan peribadi. Jangan sekali berputus asa & menyalahkan sape2 dlm perkara yg berlaku. Hadapinya dgn tenang & tabah dan selalu lah berserah & banyak kan amal ibadat. Insyaallah anda akan temui ketenangan jiwa. Perjalanan kita masih jauh dan kita tidak tahu apa yg akan berlaku di kemudian hari. Percaya lah pd pepatah "Berbuat baik, akan di balas baik & sebaliknya. Ingatlah sekarang mungkin kita menhadapi kesusahan, tetapi kesusahan itu akan menjadi kita lebih matang & lebih menghargai diri kita sendiri. Setiap orang yg berjaya akan menhadapi zaman kesusahannya. Selalu lah penuhi diri kalian bukan sahaja ilmu duniawi tetapi juga ilmu akhirat. Bila sudah hidup senang, jangan la riak dan bongkak. Jadi untuk hindari sifat itu selalu lah beramal jariah & bersedekah. Ingatlah, walaupun kejayaan itu adalah hasil titik peluh & keringat sendiri tetapi rezeki itu semuanya dr Allah swt, bila2 masa ia boleh menariknya kembali. Maafkan aku jika ada sesiapa tersinggung dgn coretan aku tetapi sebagai manusia aku tidak lari dr melakukan kesalahan. Setiap org ada kelemahan dan kelebihan masing2. Tetapi tidah salah jika kita berkongsi pengalaman & meng'ingat' sesama muslim.
Till then guys,
intanbutterfly
VPS WINDOWS GRATIS
11 years ago