CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 23, 2010

Minyak Zaitun

Salam,

Fyi, aku dah selamat melahirkan baby girl. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan sihat sejahtera & Allah swt permudahkan segala perjalananku.

Coretan aku yg terdahulu aku berjanji nak cakap pasal minyak zaitun kan? Sekarang aku tunaikan janji aku. Aku telah mengamalkan minyak zaitun sejak sebelum aku mengandung hingga lah kini. Khasiat minyak zaitun amatlah bagus untuk kesihatan. Aku tak perlu lg makan any supplement lg. Sebenarnya dalam Al-Quran pun dah menyatakan.." sebaik-baik minyak adalah minyak zaitun..". Kita sebagai hambaNya yg kurang ambil kesah mengenainya.

Jadi aku telah menjadikan diri aku sendiri sebagai testimonial. Memang tak nafikan kesannya amat lah menakjubkan. Sepanjang tempoh mengambilan minyak zaitun hingga sekarang terutama sepanjang aku mengandung aku tidak menghadapi masalah kesihatan langsung. Kini aku yg sudah bersalin pun rasa sihat dgn izin Allah swt. Untuk pengetahuan semua, aku tidak menghadapi 'morning sickness' yg amat teruk seperti dulu spi keluar masuk hospital. Very cool & bertenaga lg adalah kot. Aku menjadi aktif. Berat pun tak naik banyak cuma 7kg sj sepanjang mengandung (tp perkembangan baby sgt ok). Selera makan bagus. Takde langsung high blood/diabetics. Muka pun tak sembab. Kaki tak bengkak langsung.

Lepas bersalin pula yg aku paling kagum ialah baby aku kali nih tak botak seperti anak-anak aku yg lain. Lebat betol rambut. Halus plak tu. Kulit pun very moist (wpun kulitnya ereng skit kata org jawa) .Tak mengelupas teruk. Tulang pun kuat. Baby development mmg bagus (wpun baby aku mmg semua pesen kecik <3kg). Doktor aku pun puji aku masa bersalin. Katanya darah nifas aku tak byk & rahim cepat kecut. Syukur alhamdulillah.

Sekarang aku mmg exclusively breastfeeding. Masalah aku yg dulu aku slalu kena bengkak susu (breast engorgement) spi hampir bentan aku di buatnya. Dan juga masalah puting merekah (nipple crack). Bukan sikit2 merekah. bayangkan spi berdarah. Mmg stres. Menangis2 aku. Tp skrg ni alhamdulillah. Masalah tu langsung takde. Cuma aku amalkan letak cream je setiap kali selepas mandi.

Sudah habis pantang nih aku rasa kesihatan aku amat baik sekali berbanding ketika aku bersalin anak2 aku yg dulu. Aku rasa completely recover. perancangan masa depan aku ialah ingin mengwar-warkan khasiat minyak zaitun & jika di izinkan Allah swt, aku ingin menjual minyak zaitun sebagai pendapatan sampingan aku. Buat masa sekarang aku hanya menjualnya kepada kenalan & saudara terdekat aku sahaja. Insyaallah mudah-mudahan hajat aku terlaksana. Doakan semoga aku berjaya...Amin..

Dlm coretan aku yg akan dtg aku akan lebih detail menerangkan akan minyak zaitun. Tunggu ye.

intanbutterfly

Friday, January 1, 2010

Happy New Year...Welcome 2010

Salam Semua,

First & formost..wanna wish u a very happy new year....Moga tahun baru ini akan memberi sinar dalam kehidupan kita..Insyaallah..

Lama sungguh aku tak mencoretkan dlm blog ini..byk perkara yg berlaku & kekangan masa sekarang ini yang menyebabkan aku kena buat 'opportunity cost' dlm membahagikan masa. Untuk pengetahuan semua, aku sedang membilang hari untuk bersalin pd mid januari...alhamdullillah. Semuanya rezeki yg Allah SWT berikan. Sepanjang perkahwinanku, aku langsung tiada masalah untuk mendapat zuriat & aku bersyukur sgt kerana kurniaan-Nya. Itu lah aset paling berharga dlm hidup aku. Bukan nilai wang ringgit jd taruhan tp anak-anak la pemberi rezeki aku. Bagi mereka yg masih belum di kurniakan zuriat, jgn khuatir & berputus asa. Teruskan usaha & jangan putus panjatkan doa moga Allah SWT makbulkan hajat kalian...Mana la tau rezeki kalian thn 2010. Insyaallah..Mudah-mudahan.

Ok..semua. Spi di sini sj coretan aku ketika ini. Coretan aku yg seterusnya ialah aku ingin kongsikan kebaikan minyak zaitun pada kalian. Tunggu ye....

intanbutterfly

Monday, July 20, 2009

Penganiayan & Pengajaran

Hampir sebulan lamanya aku tidak mencoretkan dalam blog nih. Bukan kemahuan fikiran tapi keadaan aku yg kurang sihat sejak akhir2 ini menyebabkan aku terpaksa berkorban masa utk blog aku nih. Kira opportunity cost aku la. Lg pun Allah telah menduga aku dgn sesuatu perkara yg agak kurang sesuai utk aku dedah kan di sini. Di pendekkan cerita, aku telah menjadi mangsa penganiayaan oleh orang yg tamak & taksub pd kuasa, pangkat, harta & segalanya. Mmg aku tak sangka ada juga manusia yg sesama agama & bangsa yg begitu tamak. Bukan aku seorang sj tapi 9 rakan aku yg lain turut menjadi mangsa. Sanggup menjatuhkan org lain demi mengejar keduniaan & org itu adalah bukan calang2 org. Mereka ini dianggap pendidik & pemimpin tersohor & ternama di IPT!! Sekarang baru ku tau bagaimana perasaan orang yg di berhentikan berbanding dgn org yg mmg mahu berhenti kerja. Aku berpengalaman dlm kedua-dua situasi. Mula tu agak stres jugak, tp lama kelamaan aku redha atas apa yg berlaku. Aku percaya kepada hikmah atas apa yg berlaku. Aku bekerja di sana pun atas bantuan & permintaan ex-lecturer. Nawaitu (niat) aku ingin membantu & membalas ex-lecturer aku yg telah byk berjasa & membantu ku. Aku sanggup berkorban masa & tenaga untuk berulang sejauh lebih 100km sehala setiap hari. Hinggakan ada org kata aku buang tebiat..Biarlah apa orang nak kata. Mulut orang ek...Bukan boleh ditahan-tahan



Selepas aku mendapat berita termination, aku mendapat tahu pula yg aku mengandung. Alhamdullilah rezeki Allah SWT nak bg & aku bersyukur walaupun aku hilang pekerjaan tetapi rezeki lain pula yg dtg. Cuma setiap kali aku mengandung aku menghadapi morning sickness yg agk teruk. Ada sekali hingga aku terpaksa di masukkan ke wad. Bayangkan ada ketika aku muntah sehingga 10 kali sehari. Tapi aku amat bersyukur kerana Allah permudahkan aku di kala aku bersalin. Aku tidak mengalami sakit yg berpanjangan sehingga berjam2 lamanya dan ada yg sehingga sehari semalam. Itu kelebihan yg ku perolehi berbanding kawan-kawan yg lain. Mungkin ada yg berpendapat ia merupakan memori yg paling indah & tak terkecuali yg rasa ngeri..sehingga rasa nak surrender je nak beranak lagi.

Sekarang nih aku rasa redha atas apa yg berlaku. Terimanya seadanya & berserah kepada-Nya. Setakat itu sj perjuangan aku dlm membuat 'amal jariah'. Buat si kambing hitam, sekarang engkau orang hidup senang lenang la di dunia nih tapi di akhirat nanti jawablah..aku percaya pd pepatah ' sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'. Kalau tengok muka kambing2 hitam nih, semua akan rasa tertipu. Nampak muka kononya alim warak & vogue gitu tp semuanya hati bertopeng iblis. Peristiwa ini menjadikan aku lebih berwaspada, sabar, tabah, jangan mudah mempercayai orang & lebih bermuhasabah diri. Aku selalu panjatkan doa moga aku tenang menghadapi segala dugaan. Alhamdulillah Allah makbul kan doa ku.

Walaupun aku sudah di terminate tapi Allah bagi rezeki lain. Sekarang aku tumpu sepenuhnya pada kerjaya unit amanah aku & baju muslimah aku dlm intanbutterfly.blogspot.com. Aku percaya pada kata hadis "90% rezeki adalah datang dari perniagaan...". Dulu ia hanya my passive income but now i'm so passion in doing it..

Kawan-kawan sekalian, aku harap apa yg aku coret ini mendapat ikhtibar dan pedoman buat kita semua. Jangan sekali kt lakukan suatu yg dilarang dlm Islam demi kepentingan peribadi. Jangan sekali berputus asa & menyalahkan sape2 dlm perkara yg berlaku. Hadapinya dgn tenang & tabah dan selalu lah berserah & banyak kan amal ibadat. Insyaallah anda akan temui ketenangan jiwa. Perjalanan kita masih jauh dan kita tidak tahu apa yg akan berlaku di kemudian hari. Percaya lah pd pepatah "Berbuat baik, akan di balas baik & sebaliknya. Ingatlah sekarang mungkin kita menhadapi kesusahan, tetapi kesusahan itu akan menjadi kita lebih matang & lebih menghargai diri kita sendiri. Setiap orang yg berjaya akan menhadapi zaman kesusahannya. Selalu lah penuhi diri kalian bukan sahaja ilmu duniawi tetapi juga ilmu akhirat. Bila sudah hidup senang, jangan la riak dan bongkak. Jadi untuk hindari sifat itu selalu lah beramal jariah & bersedekah. Ingatlah, walaupun kejayaan itu adalah hasil titik peluh & keringat sendiri tetapi rezeki itu semuanya dr Allah swt, bila2 masa ia boleh menariknya kembali. Maafkan aku jika ada sesiapa tersinggung dgn coretan aku tetapi sebagai manusia aku tidak lari dr melakukan kesalahan. Setiap org ada kelemahan dan kelebihan masing2. Tetapi tidah salah jika kita berkongsi pengalaman & meng'ingat' sesama muslim.

Till then guys,
intanbutterfly

Wednesday, June 17, 2009

Kenapa Wanita Suka Menangis

Salam,

Ini adalah salah satu email yang pernah ku terima suatu masa dahulu. Isi kandung nya amat menarik & menyentuh hati. Moga kita mendapat manfaat dan pengetahuan.

Suatu ketika, ada seorang budak lelaki yang bertanya pada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita".

"Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti....". Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah..Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya..

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak. Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya.

Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya.

Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.

Monday, May 25, 2009

Dilarang Menghidupkan Pendingin Hawa Sebaik Menaiki Kereta..!

Aku ingin berkongsi satu lg email yg aku terima baru-baru ini. Aku tidak ketahui kesahihannya tp semoga ia akan menjadi panduan dan pengetahuan untuk kita semua. Selepas aku terima email nih, tetiba aku teringat seorang client saya menasihati kira2 sebulan yg lalu; "intan, please do not use any fragrances in ur car coz it can cause cancer". Aku mula2 tu musykil jugak dgn statementnya but after i received this email baru i wonder, maybe ada kebenarannya & mgkn ini lah yg dia maksudkannya. So, to me prevention is better rather than its too late....agree??
Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran. Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi.
Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar. Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.
**"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

Friday, May 22, 2009

Charice duet with Celine Dion "Because You Loved Me" at Madison Square Garden September 15, 2008 (HQ)

Salam semua,

I luv so much Celine Dion nih. Since aku study lagi..she's my fav singer & mmg lagu mmg sedap2 belaka. Baru2 nih my sis sent me this video of this sweet lil girl duet with Celine Dion. What a lucky girl aite? I wish i can be like her....Jeolous i tau. Meremang i tengok video nih coz her voice really power. Come guys, lets have some entertainment & happy watching!!

intanbutterfly


Thursday, May 21, 2009

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN

Salam semua,

Hari ini seorang sahabat aku telah mengirimkan emel ini kepadaku. Aku rasa kisah ini amat menarik sekali & terdetik untuk aku kongsikan kepada anda semua. Moga kisah ini akan kita memanfaatkan dengan sebaiknya. Insyaallah....

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.

'Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.

"Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?

"Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .."Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

*Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam. Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Sumber: Emel

intanbutterfly

Friday, April 17, 2009

Sekadar Renungan

Salam semua..

Hari ni hari jumaat. Hari yang d nanti2kan oleh kita semua. Sy ingin kongsikan satu pengalaman yang tak mungkin sy lupakan. Pada hari Isnin yg lalu kita telah d kejutkan satu berita kemalangan yang tragis di km 443.9 lebuhraya utara-selatan berdekatan susur keluar Rawang yg menghala ke Kuala Lumpur. Kejadian itu telah meragut 6 mangsa. Takziah kepada keluarga yg terlibat & marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah. Ketika itu sy dlm perjalanan ke utara atas tuntutan kerja. Pg tu sy drive dgn mood yg 'monday blues' (pasti ramai yg bersetuju dgn sy ek). Tiba2 dr jauh sy nampak suasana yg ramai & byk kereta yg pool over d tepi lebuhraya. Hati sy berdetik, eh nape nih...mcm havoc je. Tp sy meneruskan perjalanan sy. Tiba2 sy ternampak satu objek dibahu jln sy lalui, masyaallahhhh....mayat. Tatkala itu saya baru perasan kemalangan maut. Meremang bulu roma saya. Mengucap pjg. Saya pasti ini adalah kemalangan ngeri & tragis. Hati saya tak tentu arah...hiba & sayu melihat sekujur tubuh kaku td. Sy meneruskan perjalanan sy dengan mood yg bercampur baur..ketika itu terkenang akan sebuah lagu nyayian Kumpulan dari Indonesia Ungu bertajuk Andai Ku Tahu...Insafnya saya ketika itu. Kita tidak tahu bila kita akan pergi tak kembali. Ajal maut di tangan Allah.

Wpun sudah beberapa hari kejadian itu berlaku, saya masih lg teringat hari tersebut & acapkali sy melalui jalan & tpt kejadian setiap hari sy sedekahkan Al-fatihah. Kepada mereka yg memandu, berhati2 lah di jln raya terutama di waktu hujan. Bila waktu hujan, pasti sy akan bertembung dgn kemalangan. Plg byk 3 kemalangan serentak apabila sy melalui lebuhraya. Sygilah diri & keluarga anda. Kalau kot ye nak drift, g la kat trek yg betol. Nak pecut F1 pun, biarlah spi had laju yg d benarkan. Paling ngeri jgn sesekali bwk mcm ala2 Bond 007 k? last but not least, its better to be safe than sorry..Ok geng.have a nice weekends!

intanbutterfly

Andai ku Tahu
Kapan tiba ajal ku
Ku akan memohon tuhan tolong pjg kan umur ku

Andai ku tahu
kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andai Ku tahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMu

Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku


Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangisku bertaubat padaMu

Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pastas di syurga

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku menyucap kata taubat padaMu

Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangisku bertaubat padaMu

Wednesday, April 15, 2009

Welcome to intanbutterfly diary

At last i managed to proudly announce my intanbutterfly diary. Dlm blog ini sy akan menulis catatan, coretan, nukilan, artikel atau ape sj yang menarik yang boleh dikongsi bersama anda semua...jadi...tunggu ya catatan saya seterusnya...

intanbutterfly